Saturday 19 May 2012

Bermula Episod Temetrinya Ikatan Ini

Episod 4

Satu perkara yang bermain difikiran beliau adalah untuk mendapat TETAP, bukan mudah jika pegawai kontrak untuk mendapat TETAP tapi dia akan berusaha untuk mendapatkan TETAP kerana dia perlu jaminan masa depan untuk kami berdua....alhamdulillah pada akhir bulan 8 2005, keluar jawatan tetap untuk mengisi kekosongan pegawai penyelidik Q41....beliau menelefonku dan menyuruh aku berdoa agar urusannya untuk mendapat TETAP dipermudahkan, ssetelah selesai mengisi semua borang yang diperlukan akhirnya saat yang aku dan dia nntikan iaitu temuduga bersama Ketua Pengarah....siang malam aku berdoa agar jawatan itu menjadi milik beliau, alhamdulillah rezeki itu berpihak pada beliau dengan syarat beliau melanjutkan pelajaran iaitu mengambil Ijazah Doctor Falsafah (PhD), itu syarat yang harus dia terima...kos pelajaran akan ditanggung sepenuhnya. Berita itu sampai ke telinga ku, syukur alhamdulillah akhirnya impian kami untuk bersatu akan menjadi kenyataan....
Setelah perkhabaran itu aku terima kami berdua mula membeli barang2 untuk dijadikan barang hantaran, aku mula membuat pelbagai persiapan...tapi pada masa itu aku hanya menyangka kami akan bertunang, rupa2nya kami akan bernikah...seram sejuk aku dibuatnya...almaklumla aku tidak pernah terfikir yang begini cepat jodohku akan datang...

Banyak perkara yang aku dan dia perlu uruskan, dari bab kursus perkahwinan, interview, check darah dan macam2 ag...tapi aku bersyukur semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan....
Seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri aku dikejutkan dengan berita kemalangan adik bongsuku, hancur luluh hati seorang kakak dan aku minta drnya untuk menangguhkan majlis pernikahan kami....dia tiada masalah cuma ayahku berkeras untuk kami meneruskan juga majlis pernikahan kami, dalam masa seminggu semua urusan yang berkaitan selesai dr kursus kahwin, interview, check darah, bernikah dluar kawasan....aku masih ingat lagi selepas sehari mendapat sijil kursus beliau terus menaiki bas dari Johor ke Penang, sampai Penang terus ke Pejabat Agama Daerah Penang dan petang itu menaiki bas dari Penang ke Johor, bayangkanlah betapa penatnya dia masa itu tapi aku tahu niat dia begitu ikhlas untuk memiliki diriku....dan esoknya dia menaiki bas dari Johor ke Kuala Lumpur untuk memulakan tugas.... 

Aku bertungkus lumus untuk menjadikan hari bersejarahku sesuatu hari yang tidak akan aku lupakan hingga ke akhir hayatku...

...nantikan episod seterusnya...aku menjadi yang halal baginya...

Rasa Itu Direstui....

Episod 3
Keluarga aku telah merestui hubungan kami walaupun pada mulanya ibu tidak bersetuju di atas alasan dia menghidapi penyakit asma...ibuku risau seandainya dia akan pergi meninggalkan aku, tapi aku katakan pada ibuku ajal maut semua ditangan Allah, seandainya dia pergi meninggalkan aku terlebih dahulu aku akan redha....akhirnya aku berjaya menyakinkan ibuku tentang dia, lagi satu persoalan yang selalu ibuku tanya padaku dia tidak ada lesen kereta, bagaimana nanti? aku memberitahu ibuku itu semua itu tidak penting, kalau adau lesen kereta tapi tiada pelajaran @ kerjaya tidak ada gunanya...biarlah pilihan aku ini ada pelajaran @ kerjaya tapi tiada lesen kereta...akhirnya ibuku akur dengan keputusan aku untuk meneruskan hubungan ini...
Awal bulan Ogos 2005 aku telah dipelawa oleh dia untuk menghadiri Majlis Konvokesyen dia di UKM, alangkah terkejutnya aku kerana dia mahu aku hadir pada hari tersebut...sebenarnya tujuannya adalah untuk aku berjumpa dengan keluarganya...memandangkan keluarganya agak jauh di Utara...
Aku masih teringat bilamana aku berpeluang masuk ke dalam Dewan Canselor Tun Razak (Dektar) bersama dengan ayah dan ibunya...perasaan aku ketika itu bercampur baur almaklumlah pertama kali aku berjumpa dengan ibu dan ayahnya dan pertama kali aku menjejaki kaki di Dewan ini hanya untuk menyaksikan Majlis Konvokesyen insan yang aku kenali hanya di laman sembang...Dia akan menerima Ijazah Sarjana Sains Kimia...bila namanya disebut, perasaan bangga dan terharu tiba2 muncul..aku tidak pernah menyangkakan yang aku akan dapat menyaksikan majlis yang penuh bermakna ini....
Setelah selesai Majlis Konvokesyen aku membeli sejambak bunga matahari sebagai tanda dan ucapan tahniah aku padanya...kami bergambar sekeluarga sebagai tanda kenangan...


Kami menghabiskan masa di Putrajaya bersama keluarganya...sebelum aku di ajak untuk pulang ke kampung di Pulau Pinang...
Itulah pertama kali aku menjejaki kaki ke Pulau Pinang, dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu...aku dilayan dengan layanan yang sepatutnya diterima oleh seorang tetamu....selama 4 hari aku di Pulau Pinang akhirnya aku dan dia pulang ke Johor....
Di dalam perjalanan kami berbincang mengenai tarikh untuk bertunang dan kami sepakat bahawa hujung tahun ini adalah masa yang sesuai untuk kami bertunang....tapi ada satu perkara yang dia perlu selesaikan sebelum ikatan ini termetri...


...nantikan sambungan episod ini...


Sunday 13 May 2012

Rasa Itu Semakin Mendalam....

Episod 2
Setelah sekian lama berhubung melalui sms akhirnya kami bersetuju untuk berjumpa, aku di Johor dan dia di KL...tapi itu tidak menjadi penghalang yang sangat besar bagi kami kerana setiap minggu aku akan ke UiTM Shah Alam...
so, bagi kami tiada yang mustahil.... selepas kelas hari Ahad aku akan bergegas pulang ke Johor kerana pada hari Isnin aku akan berkeje seperti biasa...akhirnya kami sepakat utk berjumpa di Perhentian Bas Puduraya, Kuala Lumpur...hihihi
Aku agak risau pada mulanya yela orang yang aku tidak kenal, secara realitinya...tapi aku percaya jika niat aku baik Allah akan permudahkan urusan kami...akhirnya saat yang kami nantikan selama ini menjelma didepan mata...insan yang selama ini aku kenal di laman sembang dan hanya di telefon akhirnya berada di depan mataku....seorang lelaki yang agak sekema bagiku tp aku cuba untuk mengawal situasi ketika itu, dalam hatiku terdetik adakah ini lelaki yang akan menjadi teman hidupku untuk selamanya....hanya Allah sahaja yang tahu apa kesudahan hubungan kami ini...aku mengharapkan yang terbaik untuk hubungan ini, kami berjumpa tidak lama kerana aku terpaksa menaiki bas untuk pulang ke Johor...sebelum aku menaiki bas dia memberikan aku satu folder yang penuh dengan sijil2 akademik dan termasuk degree yang diperolehi...ayat yang masih aku ingat hingga ke hari ini, dia menyuruh aku membawa folder itu pulang ke kampung...dan dia berkata dia xpernah tipu aku walaupun seinci tentang apa yang diada dan miliki....dan dia menyuruh aku menunjuk folder tersebut kepada kedua ibubapaku sebagai bukti yang dia benar2 ikhlas untuk mengenaliku....akhirnya pertemuan itu berakhir dengan seribu kesyukuran kerana dia menerima aku seadanya....
Setelah seminggu kami berjumpa akhirnya dia menyatakan hasrat untuk datang ke rumahku di Johor untuk mengenali keluargaku...aku tiada halangan kerana bagiku seorang lelaki yang betul2 ikhlas dia tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk berjumpa keluarga pihak perempuan....selepas waktu keje ari jumaat dia menaiki bas untuk ke kampungku dan aku bersetuju untuk menjemputnya di Highway Simpang Renggam...alhamdulillah akhirnya dia sampai di kampung halamanku...ari sabtu aku berkeje separuh hari dan dia tinggal di rumah bersama ayahku...alhamdulillah penerimaan yang baik dari keluargaku...selepas pulang dari keje aku membawanya ke Plaza Angsana Johor Bahru untuk berjalan2...almaklumla dia pernah kali menjejak kaki ke johor, so sebagai tanda menghormati tetamu aku membawa dia bersiar2...sampai sahaja di Plaza Angsana, dia menyatakan hasrat untuk membeli sebentuk cincin sebagai tanda untuk melamar aku...aku sendiri xpasti adakah ini sesuatu keputusan yang perlu aku buat secara terburu2...tapi naluri hatiku mengatakan dialah bakal suamiku....bayangkan perkenalan sesingkat ini membawa kami sejauh ini....


Aku dan dia sampai dirumah agak lewat....sesampainya kami dirumah dia terus berjumpa ayahku dan mengatakan hasrat hatinya untuk melamar aku...hanya senyuman yang mampu ku beri tika dan saat itu...dia memaklumkan pada ayah dan ibuku yang keluarganya jauh di Utara...sbg tnda ikhlas dia melamar aku untuk menjadi suri hatinya....

....nantikan episod seterusnya...apa yang akan terjadi pada hubungan ini...

Saturday 12 May 2012

Disini Cinta Kami Bermula.....

Episod 1
Mengimbau kenangan lalu, dimana aku mengenali insan yang menjadi suamiku kini...perkenalan ini tidak pernah dirancang tapi ini yang dinamakan jodoh....masih segar diingatan tanggal 12.02.05 aku mengenali insan bernama Mohamad Nasir Mat Arip di laman sembang yang paling glamour ketika itu iaitu MiRc...masa tu aku sedang menyiapkan assignment yang perlu aku hantar, almaklumlah zaman itu bukan mudah untuk ada internet sendiri dirumah...setiap malam ayahku akan menghantar aku ke cyber cafe untuk aku menyiapkan assignment yang diberi...ke bosanan aku menyiapkan assignment mengundang aku melayari laman sembang MiRc yang glamour ketika itu...ntahla apa sebenarnya yang aku cari, tapi yang pastinya aku ingin mencari kenalan yang boleh bertukar2 pendapat dan idea....tapi aku benar2 xsangka jodohku bermula disini....
Bermulalah episod aku mengenali suamiku, dengan teguran hai...akhirnya kami bersama sehingga kini, mungkin ramai yang beranggapan aku mengambil risiko mengenali insan yang tidak aku kenali hanya di laman sembang...tapi aku bukan bodoh untuk mempercayai insan yang aku kenali dilaman sembang semudah itu, saban malam kami bersembang bertanya khabar...dia merupakan graduan dari UKM yang mengambil jurusan Sains Kimia dan berkerja secara kontrak di FRIM...ntahlah antara nak percaya atau tidak aku cuba untuk tidak menunjukkan ketidakpercayaan itu, aku harus beri peluang pada dia untuk mengenali diriku...kerana kriteria yang ada padanya membuat diriku tertarik...
Sebenarnya aku ada kriteria lelaki yang aku dambakan sejak dari zaman sekolah lagi...aku mahu bakal suami ku mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dariku kerana aku beranggapan pendidikan itulah yang akan menjamin masa depanku dan mungkin ada yang akan gelak bila aku katakan aku xsuka lelaki yang mempunyai ramai adik beradik...kalo dia ramai adik beradik biarlah dia anak last @ second last aku xnak lelaki tu ank sulong drpd bilangan adik beradik yang ramai kerana mungkin aku melihat abg long aku yang terpaksa membantu ayahku untuk membesarkan adik2nya...
Alhamdulillah dia memenuhi segala kriteria yang aku mahukan tapi bagaimana pula dengan agamanya...aku kena mengambil risiko ini, erm bukan mudah untuk memberi peluang pada lelaki yang kita kenali hanya dilaman sembang...aku memang mengambil risiko, aku serahkan ianya pada Allah...
Setelah hampir 2 bulan mengenalinya di laman sembang akhirnya kami bertukar no phone sebab sudah timbul keserasian...panggilan yang pertama aku terima darinya membuat hatiku teruja, terasa macam xpercaya...dari panggilan pertama sms la menjadi penghubung antara kami tiada lagi laman sembang MiRC..ntah sepanjang perkenalan aku dengan dia aku tidak pernah terfikir untuk melihat wajahnya kerana bagiku itu semua xpenting yang penting adalah jaminan masa depanku, aku xnak hidup susah...
akhirnya kami bersetuju untuk bertukar2 gambar melalui email dan yang pastinya aku perlu menerima dia bukan kerana wajahnya...gambar yang ku terima membuatkan aku terkesima dia seorang yang agak chubby...tp aku pejamkan mata dan aku terus berkata sebagai manusia kita tidak akan dapat semua yang kita mahukan...so, akhirnya aku menerima dia seadaanya...begitu juga dia menerima aku seadanya...tipula kalo aku katakan aku tiada lelaki lain pada masa itu tapi aku rasa dia yang terbaik untuk aku...
dan satu benda yang aku paling benci selama ini akan jadi milik aku...aku memang tidak suka dengan orang utara, ntahlah kenapa mungkin kerana loghat mereka...hihihi tapi akhirnya insan yang selalu menghubungi aku merupakan orang utara...hahaha sebab sangka ku selama ini dia orang kl @ selangor kerana dia langsung tiada longhat utara...erm apa boleh buat sebab itu yang aku pilih dan rasa itu telah ada diantara kami....
 inilah laman sembang yang menemukan kami....menarik kan!
....nantikan sambungan episod ini...

Putik Kasih Mu Amanahku....

Tuhanku!
Sesungguhnya limpahan rahmatMu
Mendakap seluruh sanubari kami
Kan kami buktikan kehambaan kami terhdapaMu
Dengan mendidik jiwa kerdil ini mencintaiMu
Kan kami pastikan segar jiwanya
Walafiat fizikalnya
Emosi dan spiritualnya
Agar menjadi generasi islam yang cemerlang
Permata agama yang gemilang
Penyeri mata dengan bunga-bunga akhlak

Tuhanku!
Biarlah tangan mulus ini
Melalui karier seorang ibu
Bisa menggegarkan dunia suatu hari nanti
Dengan zuriat yang berkualiti
Modal insan yang bertamadun....

Maka Tuhanku!
Anugerahkanlah kami taufik dan hidayah
Bantulah dan permudahkan urusan hambaMu ini
Dan janganlah Engkau bebani kami
Dengan ujian yang tak mampu kami tanggung
PadaMu kami bermohon dan berlindung
Sesungguhnya Dikaulah sebaik-baik tempat
Permohonan dan perlindungan.....

by: Ummul Hadi

Muqadimmah Mengapa Blog Ini Dicreate...

Blog ini di create adalah untuk berkongsi suka, duka sepanjang bergelar seorang isteri...mungkin mudah untuk membina sebuah mahligai indah tapi sebenarnya sukar untuk menjaga dan mengekalkan keindahan mahligai tersebut...kerana sebelum membina mahligai indah itu kita perlu memilih bahan binaan yang terbaik, agar mahligai itu tidak runtuh sebelum waktunya...
Blog ini juga akan menjadi tempat luahan ati saya sepanjang berusaha untuk memiliki zuriat sendiri...mungkin ramai yang tidak merasa apa yang kami rasa dan lalui, mungkin mudah untuk orang lain berkata itu ini tentang insan istimewa seperti kami...mungkin ada kata2 hinaan, kata2 cercaan, kata2 yang tidak menyenangkan tentang kami...tapi semua ini bukan kami pinta, di blog ini lah akan saya coretkan tentang apa TTC saya selama 7 tahun...
Blog ini jugalah akan saya jadikan tempat saya untuk berkongsi pada semua tentang apa itu erti cinta, apa itu erti semua pengorbanan, apa itu erti penghargaan, apa itu erti sebuah kasih sayang....dan yang pastinya saya ingin berkongsi pada semua tentang apa yang saya suka, apa yang saya gemari, apa yang saya dambakan selama ini....dan akhir sekali yang pastinya saya akan berkongsi dalam usaha saya mencari keredhaan Allah....kerana kekadang kita lupa mencari keredhaanNya...dan saya yakin sehebat manapun kita, sesusah mana pun kita Allah akan senantiasa ada disisi kita hambaNya....
Harapan saya agar blog ini akan memberi inspirasi pada semua...untuk terus berusaha, redha, berikthiar, berdoa dan bertawakal...moga suatu arinanti pelangi akan menjelma untuk kita semua, dan mendung berlalu pergi....